Kemuncak simpati terhadap golongan pengguna Melayu yang berurusan menjual barangan emas terpakai dan menangani urusan surat pajak, memuktamatkan tekad untuk membebaskan mereka yang terbelenggu dengan kesukaran mendapatkan khidmat runding yang telus mengikut muamalat urusniaga berlandaskan syariah Islam.
Doa kami termakbul, dengan izin Allah dan kudratNya maka kami telah berjaya mendaftarkan sebuah perniagaan atas nama KERIS EMAS SERVICES dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 23 Mac 1999 yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
Kini, Keris Emas Services adalah sebuah syarikat yang bergiat cergas dan aktif melaksanakan tekadnya untuk membantu menyelesaikan setiap permasalahan yang sering dialami oleh pengguna apabila berurusan berkaitan "BARANG EMAS TERPAKAI"
Matlamat utamanya adalah untuk menikmati bersama keuntungan di kalangan peniaga-peniaga emas yang bertaburan di sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia.
|